hairin_kn82 Akti Sangat Aktif

Joined: 25 Jan 2007 Posts: 20 Location: Kuala Lumpur
|
Posted: Thu Mar 22, 2007 1:18 pm Post subject: TAHNIAH UTK PROFESSOR DR.HJ AHMAD HIDAYAT |
|
|
Assalamualaikum wrt..
Ybhg. PROFESSOR Dr. Hj. Ahmad Hidayat & Ybhg. PROF MADYA Dr. Hjh. Raihanah,
Salam tahniah atas pengiktirafan ILMU dengan gelaran Professor kpd ustaz. Dan tahniah krn berjaya mengemudi Akademi Pengajian Islam dengan baik dan berjaya menjadi idola dan contoh terbaik kpd semua pelajar & bekas pelajar Jabatan Syariah & Undang-Undang khususnya dan APIUM amnya. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kehidupan di dunia & akhirat.
Tahniah juga kpd Dr.Raihanah yang juga berjaya mengemudi Jabatan Syariah Undang-Undang dengan jayanya. Smg JSU akan terus melahirkan pelajar yang mampu berbakti dan menyumbang tenaga kpd masyarakat & ISLAM.
Terima kasih atas jasa kalian mengajar & mendidik saya sehingga ke tahap ini. Segala ilmu & tunjuk ajar yang diberikan sentiasa menjadi panduan dalam melayari dunia pekerjaan yang penuh dengan dugaan & persaingan. Alhamdulillah, segala2nya berjalan lancar berkat ilmu yang dipelajari.
Tidak pernah tertinggal dalam doa setiap kali selepas solat utk semua guru-guru..Semoga dengan secebis doa dari semua pelajar2 terhadap semua guru-guru akan dimakbulkan oleh ALLAH. Doa saya, smg ustaz & ustazah sekeluarga sentiasa diberkati & dirahmati dunia & akhirat dan mendapat maqam yang mulia disisi ALLAH. Amin Ya Rabb…
Terima kasih atas jasa kalian.. wassalam….
Regards,
Hairin Herlina Abdul Halim
Senior Executive (Estate Administration Unit)
AmanahRaya Legacy Services Sdn Bhd
Wiswa AmanahRaya, No.2. Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.
Direct Line : 03-2055 7612
Reply mail from dr. Ahmad hidayat to my email.
Terima kasih di atas ucapan tersebut. Ana amat terharu dan tersentuh dengan kata-kata anti itu. Moga-moga kita semua berjaya dan harap dapat membantu ana mana-mana yang termampu.
AHB
_____________________________________________________________
Reply mail from dr. Ahmad hidayat to najibah's email.
Subject: Terima Kasih Atas Ucapan Tahniah
Assalamualaikum wrt.
Terima kasih kepada semua yang mengucap tahniah. Kejayaan saya adalah dengan bantuan semua di Akademi, terutama pimpinan-pimpinan lalu yang banyak memberi sokongan dan dorongan begitu juga rakan-rakan seperjuangan yang senantiasa memberi kerjasama padu dan ikhlas. Semoga saudara/i akan terus memberi kerjasama serta komitmen untuk memajukan Akademi Pengajian Islam, Insya Allah. Terima kasih juga kepada guru-guru saya sama ada di Akademi mahupun di Kolej Islam dan Maahad Mahmud yang mencurahkan ilmu untuk kejayaan saya. Semoga Allah swt membalas jasa mereka, meninggikan martabat mereka serta menempatkan mereka di tempat yang mulia, dunia dan akhirat. Amin.
AHB _________________ <object><param></param><param></param><embed></embed></object> |
|