ahmadhisyam Site Admin

Joined: 24 Jan 2007 Posts: 58 Location: Kuantan
|
Posted: Wed Feb 14, 2007 7:39 am Post subject: sensasi menjadi kontroversi |
|
|
| Quote: | TV3 perlu minta maaf kepada umat Islam
Ustaz Ahmad Awang
Tue | Feb 13, 07 | 02:57:24 AM
Sejak kebelakangan ini, banyak rancangan hiburan disiarkan di dalam televisyen Malaysia. Kebanyakan daripada rancangan itu tidak membina minda masyarakat sebaliknya dijadikan sebagai saluran untuk memaparkan kehidupan peribadi dan gossip yang melibatkan para artis.
Sebahagian besar daripada rancangan tempatan telah didominasi oleh program-program yang bercorak hiburan. Walaupun rancangan sebegini dikatakan mempunyai rating penonton yang tinggi dan mendapat pulangan keuntungan kepada stesen tv berkenaan tetapi media elektronik mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Media massa seharusnya menjadi agen pembangunan yang positif dengan membina minda yang sihat di tengah-tengah keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi serta permasalahan sosial yang tidak kunjung selesai.
Namun apa yang berlaku ialah media elektronik banyak menjurus ke arah menaja dan menyiarkan rancangan yang berbentuk hiburan termasuk berupa 'talk show'. Salah satu rancangan 'talk show' terbaru ialah Sensasi yang diterbitkan oleh TV3 pada setiap malam Selasa pukul 11.00 malam.
Rancangan ini disiarkan secara langsung dengan topik-topik yang diutarakan berkaitan dengan cerita-cerita sensitif dan panas yang melibatkan para ahli panel yang boleh dikatakan kebanyakannya terdiri daripada para artis.
Rancangan ini telah mengundang kontroversi baru-baru apabila salah seorang artis undangannya iaitu Rosnah Mat Aris yang terkenal dengan mulut laser dan ‘celupar’nya. Dalam rancangan yang disiarkan pada 30 Januari yang lalu, Rosnah telah membuat kenyataan yang menghuris hati sanubari umat Islam apabila beliau memberi kenyataan yang tidak sewajarnya terhadap isteri nabi Siti Khadijah.
Kenyataan itu bukan sahaja menghina Siti Khadijah tetapi juga nabi sendiri yang dikatakan dikatakan berkahwin dengan ‘orang tua yang nak mampus’. Meskipun Rosnah telah meminta maaf dan menyatakan beliau tidak berniat menghina isteri nabi tetapi cakap yang sudah dilepaskan itu tidak dapat ditarik semula.
Rosnah harus bertanggungjawab di atas kenyataan yang beliau buat di mana beliau sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum membuat perbandingan di antara dirinya dengan isteri nabi.
Siapalah Rosnah kalau nak dibandingkan dengan Siti Khadijah. Lebih menjengkelkan ialah kenyataan yang dibuat oleh Rosnah telah disambut dengan tepukan gemuruh para penonton.
Apakah inilah budaya yang hendak disemai kepada masyarakat sehinggakan mereka tidak merasa lagi sensitif, marah dan berkecil hati dengan kenyataan yang menghina nabi serta yang merendahkan kedudukan umat Islam di negara ini.
Apakah motif TV3 menerbitkan rancangan Sensasi. Kalau tujuan hendak mendidik masyarakat, ternyata rancangan itu tidak memberikan input yang berguna kepada orang ramai apatah lagi golongan remaja.
Ini kerana kebanyakan artis yang ditampilkan mempunyai masalah rumahtangga dan pernah terlibat dengan pelbagai kontroversi. Apakah artis sebegini sesuai dijadikan sebagai role model dan memberikan pengajaran yang baik kepada para penonton.
Oleh itu, selain daripada pernyataan maaf oleh Rosnah, pihak TV3 sebagai stesen yang menyiarkan program itu juga perlu meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam di negara ini. Ini kerana Rosnah membuat kenyataan itu selepas diasak, didesak dan diprovokasi oleh pengacara rancangan Sensasi.
Jadi, TV3 juga bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku tempoh hari. Sekiranya TV3 tidak meminta maaf maka parti PAS mendesak supaya Kementerian Penerangan mengambil tindakan menghentikan program itu dengan segera. Kalau tidak, kerajaan BN yang menguasai semua media elektronik di negara ini harus mengambil tanggungjawab terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
Ketua Penerangan PAS Pusat
|
_________________ klik pada logo
 |
|