ahmadhisyam Site Admin

Joined: 24 Jan 2007 Posts: 58 Location: Kuantan
|
Posted: Mon Jan 29, 2007 1:43 pm Post subject: Mari sambung cerita.... |
|
|
Lambaian pokok kelapa begitu mendamaikan hatinya. Damainya tiupan sang bayu yang berpuput membawa angin selatan dibiarkan mengelus di wajah. Dari jendela kamar, Ainul Mardiah memandang ke luar. Sepi. Di kejauhan kelihatan kanak-kanak riang bermain layang-layang di padang lapang. Ainul tersenyum sendiri. Kenangan di alam kanak-kanak membuatkan dia tersenyum. Teringat ketika bersama Faridah, Salwa, Hayati dan Rohani bermain masak-masak di pangkin tepi rumah. Naluri kanak-kanak perempuan di kampung memang sebegitu. Sedari kecil kerja-kerja 'rumahtangga' sudah diajar. Malah hingga dalam permainan, sifat ini diterjemahkan.
Cuti semester masih berbaki 4 hari. Semester hadapan Ainul Mardiah akan memasuki sesi pengajiannya .......
sila sambung cerita ini.... hehehehehe.. (masing2 ada idea yg perlbagai.. tak tau apa akan jadi dengan cerita ni... ) _________________ klik pada logo
 |
|
nur_rujhan Ahli 3 Bintang

Joined: 25 Jan 2007 Posts: 7 Location: Taman Gombak, Batu Caves
|
Posted: Thu Feb 08, 2007 11:57 am Post subject: Re: Mari sambung cerita.... |
|
|
| ahmadhisyam wrote: | Lambaian pokok kelapa begitu mendamaikan hatinya. Damainya tiupan sang bayu yang berpuput membawa angin selatan dibiarkan mengelus di wajah. Dari jendela kamar, Ainul Mardiah memandang ke luar. Sepi. Di kejauhan kelihatan kanak-kanak riang bermain layang-layang di padang lapang. Ainul tersenyum sendiri. Kenangan di alam kanak-kanak membuatkan dia tersenyum. Teringat ketika bersama Faridah, Salwa, Hayati dan Rohani bermain masak-masak di pangkin tepi rumah. Naluri kanak-kanak perempuan di kampung memang sebegitu. Sedari kecil kerja-kerja 'rumahtangga' sudah diajar. Malah hingga dalam permainan, sifat ini diterjemahkan.
Cuti semester masih berbaki 4 hari. Semester hadapan Ainul Mardiah akan memasuki sesi pengajiannya .......
sila sambung cerita ini.... hehehehehe.. (masing2 ada idea yg perlbagai.. tak tau apa akan jadi dengan cerita ni... ) |
Cuti semester masih berbaki 4 hari. Semester hadapan Ainul Mardiah akan memasuki sesi pengajiannya .......
"Ya Allah, ke mana pergi semangat dan kekuatan yang pernah menjadi temanku sewaktu dulu.." rintih hatinya. Entah mengapa, semangat yang pernah digenggamnya, kini hampir lebur dan hancur. Sisanya entah ke mana terbang menghilang. Hanya jasad yang berdiri longlai mengharapkan belas kasihan daripadaNya..
Suara kanak2 berkejar-kejaran melenyapkan lamunannya. Hati sedikit terhibur melihatkan keletah mereka.
"Alangkah indahnya jika aku seperti mereka. Tak perlu menanggung bebanan yang makin memberat di jiwa saat ini. Atau mungkin mereka pun seperti aku? Argh, mlasa layan..malas layan..heheheheheh...... _________________ Moga kita kekal dalam nikmat Iman dan Islam..ameen |
|